#122 - Yakin dengan Allah
Alhamdulillah, kuliyah tafsir mingguan setiap hari Isnin berjalan dengan lancar. Malam semalam dah mula masuk Surah Fatir (surah ke 35).
Pada permulaan Surah, ada ayat yang mengingatkan kita semua agar yakin dengan Allah yang menentukan dan berkuasa atasa segala makhluk. Allah juga adalah pemberi rahmat dan nikmat serta pembuka jalan & peluang.
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ([35:2](https://legacy.quran.com/35/2))
adli@rumah