#104 - [Al-Quran] Ayat Harapan
Dalam kelas tafsir mingguan di Masjid Kuraby saya belajar satu ayat yang memberi harapan kepada semua. Dalam Surah Az-Zumar, ayat ke-52 Allah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (39:53)
Disebut juga bahawa Abdullah Ibn Masu’d, sahabat Nabi Muhammad (saw) telah berkata ini adalah bahagian Al-Quran yang memberikan harapan.
Semoga Allah beri rahmatNya kepada kita semua.
adli@rumah