Saya mendapat error ketika hendak mengakses Librenms. Setelah membaca log nampaknya versi MariaDB yang saya gunakan tidak serasi dengan versi terkini LibreNMS.

Saya dapati kalau hanya menggunakan repositori rasmi Ubuntu 18.04 LTS (Bionic) untuk mendapatkan pakej kita terpaksa guna MariaDB versi 10.1.*. Untuk dapatkan versi MariaDB terkini, perlu dapatkan dari respositori MariabDB.

Saya ikut panduan ini https://mariadb.com/docs/deploy/upgrade-community-server-cs105-ubuntu18/. Setelah mencuba terdapat masalah untuk memasang versi 10.5.* jadi saya guna versi 10.4*

Langkah-langkah yang saya ambil.

  1. Buat salinan semua database dengan mysqldump
mysqldump -u root -p --all-databases > all_databases.sql
  1. Buang MariaDB yang lama
sudo apt remove "mariadb-*"
sudo apt remove "galera*"
  1. Pasang versi baru
sudo apt install wget

wget https://downloads.mariadb.com/MariaDB/mariadb_repo_setup

echo "b3d5fb3ea9791e93b64a97e8b8a5faacd6e744e9d2c1c7cc3453f0390aa76569 mariadb_repo_setup" \
    | sha256sum -c -
chmod +x mariadb_repo_setup

sudo ./mariadb_repo_setup \
   --mariadb-server-version="mariadb-10.4"

sudo apt update

sudo apt install mariadb-server mariadb-backup
  1. Mulakan server dan periksa database yang sedia ada
sudo systemctl restart mariadb
  1. Kalau semua ok boleh buat teh o panas dan berehat seketika :-)
mariadb.service - MariaDB 10.4.20 database server
   Loaded: loaded (/lib/systemd/system/mariadb.service; enabled; vendor preset: enabled)

adli@rumah