Di rumah ada beberapa laptop lama yang tidak lagi digunakan atas beberapa sebab - bateri terhad & sebagainya. Antaranya Asus EEE PC (netbook) dan Dell Vostro 1310. Jadi minggu lepas saya cuba pasang NetBSD atas kedua-dua laptop dan setakat ini amat memberangsangkan.

Sebelum ini saya belum pernah menggunakan NetBSD secara sepenuh masa. Kalau ada pun, pasang di dalam mesin maya untuk main-main sahaja. Pada mulanya, saya cuba NetBSD atas Asus EEE PC. Tiada masalah - malah saya boleh mengakses internet dan tiada masalah dengan paparan serta bunyi. Cuma saya tidak beberapa selesa berkerja dengan netbook kerana skrin dan papan kekuncinya terlampau kecil.

Selang beberapa hari dan setelah membaca manual di laman web NetBSD & forum di UnitedBSD.com saya cuba pula memasangnya di laptop Dell Vostro 1310. Inshallah, saya akan catatkan nota pemasangan di masa akan datang. Misi saya sekarang adalah untuk hasilkan mesin yang ’lightweight’ kerana jumlah RAM hanyalah 3GB.

Cekupan Skrin NetBSD 9.2 & Dell Vostro 1310

Cekupan Skrin NetBSD 9.2 & Dell Vostro 1310

Ada beberapa perkara ‘baru’ yang saya belajar antaranya ialah ‘pkgin’ & dan pengurus tetingkap (windows manager) “ctwm”. Semua ini mengingatkan saya di zaman menggunakan Linux atas laptop sekitar tahun 2000 - 2007 sebelum menggunakan macbook sepenuh masa.

adli@rumah