Sekatat ini saya berpuas hati dengan NetBSD di atas Dell Vostro 1310 ini. Di sini saya catatkan beberapa perkara yang saya belajar dalam proses pemasangan.

pkgin

NetBSD menggunakan pkgin untuk memasang atau membuang perisian yang tiada dalam base. Contohnya untuk memasang vim :

doas pkgin install vim 

Kita juga boleh mencari pakej dengan menggunakan:

pkgin search nama-pakej

Ada beberapa pakej yang saya pasang, antaranya:

  • mozilla-rootcerts (untuk mencapai laman web yang menggunakan TLS)
  • firefox (pelayar web)
  • feh (untuk set latar belakang & melihat gambar)

CTWM

CTWM adalah pengurus tetingkap (Window manager) yang datang dengan NetBSD. Sebelum ini saya tidak pernah menggukannya. CTWM hanya berfungsi untuk menguruskan tetingkap & workspace jadi ia lebih ringkas berbanding desktop environment seperti Xface4, KDE atau Gnome. Konfigurasi adalah dalam fail text .ctwmrc. Di sini kita boleh tetapkan keyboard shortcuts supaya tidak perlu sangat bergantung kepada tetikus dan hal-hal lain seperti warna.

XTERM

xterm adalah aplikasi terminal yang datang dengan NetBSD. Tetapan yang asalnya kurang menarik jadi saya cuba tukar ‘tema’ dan font. Tetapan ini boleh dibuat dalam fail .Xresources

Saya akan menulis lebih lanjut tentang xterm pada masa akan datang.

feh

Saya gunakan feh untuk tetapkan imej latarbelakan untuk desktop.

feh --bg-scale gambar.jpg 

Ini akan menghasilkan skrip .fehbg yang boleh kita letak dalam .Xinitrc

Adli@jumaat