#111 - Salin Fail Dengan Unison
Setelah memasang NetBSD9.2 dalam komputer riba Dell Vostro, saya ingin menggunakannya untuk menulis blog. Jadi saya perlu salin direktori dan fail yang berkaitan dari komputer Macbook pro. Dalam masa yang sama saya mahu supaya sebarang perubahan dalam komputer NetBSD nanti boleh disalin ke direktori dalam Macbook.
Biasanya saya akan menggunakan rsync tapi kali ini saya ingin mencuba Unison. Ada beberapa langkah yang perlu diambil.
-
Unison akan menggunakan ssh jadi perlu aktifkan pelayan ssh dalam macbook terlebih dahulu.
-
Pasang unison di komputer riba NetbBSD9.2 dan Macbook Pro. Boleh gunakan pkgin untuk NetBSD dan homebrew untuk Mac OSX
pkgin install unison
brew install unison
- Dari komputer NetBSD boleh guna arahan berikut:
unison -servercmd /usr/local/bin/unison direktori ssh://adli@ip_macbook/direktori
-servercmd diperlukan supaya unison tahu lokasi program unison di Mac OSX. Saya dapati kalau tidak letak, akan dapat mesej ralat. Kalau tidak mahu letak dalam arahan boleh juga masukkan dalam fail .unison/default.prf
servercmd = /usr/local/bin/unison
Selamat mencuba!
adli@rumah