#112 - Status Bateri Dan Tmux
Saya mahu lihat status bateri (berapa % atau minit tinggal) di status_bar tmux. Pada mulanya saya menggunakan plugin tmux-battery. Namun bila menyemak skrip, saya rasa banyak fungsi yang saya tak perlukan. Lagipun ia mengambil kira beberapa platform (Mac OSX, Linux, dsbg)
Jadi saya tulis 2 skrip yang akan dipanggil dalam fail .tmux.conf
Dalam fail .tmux.conf :
set -g status-right "Batt: #(apm -l)%% #(~/.tmux-scripts/battery.sh) #[fg=yellow,bg=red]#(~/.tmux-scripts/charging.sh)#[fg=white,bg=black] %a %h-%d %H:%M:%S"
apm adalah arahan untuk mendapatkan status bateri atas NetBSD (dan OpenBSD).
Skrip yang pertama - battery.sh, akan mempamerkan berapa peratus dan minit yang tinggal jika bateri tidak dicas. Ia mengandungi arahan berikut:
#!/bin/sh
apm -v | grep minutes | awk '{print $5 " min" }' | sed 's/(//g'
Kemudian, saya bua lagi satu skrip shell, yang akan periksa sama ada bateri sedang dicas atau tidak. Kalau ya, saya akan letak “<->” dalam status bar
#!/bin/sh
apm -v | grep connected | awk '{if ($4=="connected") print "<->"}'
adli@rumah