Projek menaik taraf laptop lama (Dell Vostro 1310) diteruskan. Selepas menggunakan NetBSD selama dua minggu lebih, saya mengambil keputusan untuk menggantikan cakera keras lama. Sebenarnya saya ambil cakera keras Toshiba ini (300GB) dari laptop lama.

cakera keras toshiba

Cakera Keras Toshiba 300GB

Setelah membuat tinjauan di Amazon.com.au saya dapatkan cekera keras Crucial 240GB (SATA). Harganya berpatutan. Dalam masa yang sama saya dapati dari beberapa dmesg di NYCBUG, ia disokong oleh NetBSD. Harapan saya ialah dengan SSD, operasi membaca dan menulis ke cakera keras akan lebih pantas walaupun menggunakan perkakasan yang lama.

cekera keras Crucial

Cakera Keras SSD Crucial 240GB

Setakat ini kos yang terbabit untuk menghidupkan semula laptop Dell Vostro ini adalah seperti berikut:

  • Bateri 9-sel: 40.00 (AUD)
  • AC Adapter : 20.00 (AUD)
  • Crucial SSD 240GB : 44.00 (AUD)
  • Sistem Pengoperasian - NetBSD (Percuma)

Rasanya itu sahaja yang diperlukan. Jauh lebih murah dari kos untuk mendapatkan laptop baru (walaupun yang 2nd hand) dan saya boleh menggukakan laptop untuk projek menulis blog dan kod.

adli@rumah