#116 - ISO Dan Cdrom
Saya terbaca tadi yang hari ini adalah ulangtahun ke-30 Linux. Kalau tak silap kali pertama saya menggunakan Linux adalah pada tahun 1998 bermula dengan Redhat kemudian Mandrake dan selepas itu agak lama juga menggunakan Gentoo
Saya masih ingat pada masa lalu untuk boot cdrom yang ada installer (iso).
Kebetulan saya masih ada server Dell PowerEdge R200 dan perlu pasang OpenBSD. Jadi saya download iso yang terkini & salin kepada DVD. Nasib baik laptop dell ini ada DVD RW.
Atas NetBSD saya perlu install cdrtools (doas pkgin install cdrtools). Kemudian guna cdrecord seperti dalam cekupan skrin di atas.
Harap-harap ok dan boleh boot besok.
adli@rumah