Pada 28/8/2021 saya telah menyertai satu acara anjuran komuniti RAWSEC. Tema perbincangan pada malam tersebut ialah pengalaman berhijrah dan bekerja ke luar negara.

Terlebih dahulu saya diberitahu sesi tersebut akan disiarkan secara langsung di Youtube. Jadi, saya ambil keputusan untuk menggunakan kamera Nikon (dlsr) supaya kualiti videonya lebih baik.

Berikut adalah persediaan yang diperlukan:

  1. Kamera DSLR - saya guna Nikon d7200. Yang penting disini kamera yang digunakan boleh merekod video.

  2. HDMI Video Capture - ini diperlukan untuk pindahkan video dari kamera ke komputer (usb). Nikon d7200 ada slot HDMI.

  3. Tripod - untuk letakkan kamera dengan stabil. Juga, semasa sesi Rawsec saya berdiri sambil bercakap.

  4. Lensa - saya biasanya guna lensa prime 35mm sebab boleh guna bukaan maksimum (f/1.8). Ia juga hasilkan latar belakang yang kabur (bokeh). Saya juga ada lensa 28mm (Nikkor ais f/2.8) & 50mm (Helios f/1.8) yang boleh digunakan.

  5. Mikrofon - Untuk audio, saya menggunakan mikrofon kerah (Boya) berwayar. Saya dapati qualiti suara yang dihasilkan agak baik.

  6. Bateri - boleh guna bateri kamera kalau sesi siaran langsung tidak lama. Saya sambungkan kamera ke kuasa letrik dengan dummy battery.

Sembang2 Rawsec

Sembang2 Rawsec

Tetapan Kamera

Tak banyak yang perlu tetapan yang perlu ditukar.

  1. HDMI - tetapkan output kepada 1080. Dalam bahagian Advance pastikan “Live-view onscreen display” adalah “off”

  2. Movie Quality tetapkan kepada HIGH

  3. Monitor Off Delay -> Live View -> No Limit

  4. Saya guna kamera dalam mod Manual jadi saya akan tetapkan bukaan lensa (aperture) kepada yang paling besar (contoh f/1.8), kemudian kelajuan pengatup (shutter speed - 1/100) dan akhir sekali ISO supaya imej tidak gelap.

  5. Untuk lensa, saya akan fokus secara manual. Boleh juga guna autofocus sebenarnya tapi saya lebih selesa dengan manual.

  6. Cahaya - pastikan cahaya cukup samada cahaya semula jadi (matahari) atau lampu.

Selamat mencuba!

adli@garaj