Setiap malam Isnin di masjid berdekatan dengan rumah saya (Masjid Al-Farooq) ada kuliah tafsir Al-Quran. Saya banyak belajar perkara baru, Alhamdulillah. Di samping itu saya suka cara penyampaian Ustaz Imam Ahmed yang berasal dari Mesir.

Beberapa bulan lepas, saya minta izin untuk merekod sesi kuliah supaya lebih ramai boleh mengikutinya.

MP3

Saya guna mikrofon dan rekod dengan Voicemail (IOS) - kemudian saya guna VLC untuk tukar kepada format MP3. Selepas itu saya kemaskini fail audio tersebut dengan menggunakan Audacity

Podcast

Selama ini saya tidak tahu bahawa Podcast ialah mp3 dan fail XML. Jadi pemain podcast hanya perlu fail XML yang mengandungi maklumat seperti tajuk psesi podacast, lokasi fail mp3 dan sebagainya.

Setelah beberapa ketika mencari, saya terjumpa projek Potcasse. Ia sangat mudah digunakan dan hanya menggunakan skrip shell.

Potkasse akan mengimpot fail mp3 dan menghasilkan fail index.html serta feed.xml. Akhir sekali kita boleh muat naik fail dan folder berkaitan ke laman web.

Kalau ada yang berminat untuk mengikuti sesi tafir Masjid Al-Farooq Kuraby sila ke https://quranexplained.org/listen . Jika sudah ada pemain podcast, boleh langgan dengan masukkan https://quranexplained.org/listen/feed.xml.

Oh ya saya syorkan Radio Public sebagai pemain podscast.

Selamat mendengar!

adli@rumah