Unsplash adalah lama web yang menyediakan gambar-gambar (resolusi tinggi) secara percuma kepada pengguna Internet. Sesiapa sahaja boleh menyumbang foto kepada Unsplash tetapi tidak semua akan diterima.

Beberapa hari lepas saya telah kongsikan beberapa foto. Gambar Kaabah yang diambil sewaktu musim Haji 2018 diterima dan masuk ke ‘Editorial Feature’. Setakat hari ini gambar tersebut telah dilihat lebih 64,000 kali serta dimuat turn 574 kali!

Satu lagi gambar yang popular dari segi jumlah ‘view’ dan ‘download’ adalah gambar Masjid Nabawi.

Boleh lihat foto-foto lain di akaun Unsplash saya - https://www.unsplash.com/adliwahid