Selama ini saya sangka semua lebah tidak aktif dalam musim sejuk. Rupanya ada juga yang aktif. Mungkin selama ini saya tidak ambil perhatian. Antara lebah yang aktif adalah spesis Homalictus.

Spesis ini bersarang didalam tanah. Saiznya lebih kurang 4-5mm dan kebetulan sarangnya dekat tepi rumah. Saya letak beberapa pasu bunga (Alyssum) dan nampaknya menjadi! Untuk ambil gambar ini saya guna teknik terbalikkan lensa untuk. Saya cuba dua tiga jenis lensa (Nikkor 18-55m, Nikkor EL 50mm dan Sigma 28-80mm). Teknik ini agak rumit sedikit pada awalnya tapi sangat berbaloi kerana boleh besarkan imej beberapa kali ganda saiz asal.

adli@rumah