#124 - Pkgsrc Untuk Macosx
Saya mempunyai laptop Macbook Pro (15 inci) yang sudah lama tak digunakan kerana boleh kata semua perkara boleh dibuat dengan laptop office (MBP 13 inci). Laptop MBP 15" ini saya perolehi sekitar tahun 2014 dan masih dalam keadaan yang baik.
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga naik taraf ke ‘Big Sur’ walaupun banyak masalah ketika proses berkenaan (cap ayam sungguh Apple). Bagi mereka yang mahu naik taraf laptop MacBook lama, sila buat salinan data sebelum tekan butang ‘upgrade’.
Untuk dapatkan pakej perisian sumber terbuka, saya biasanya gunakan Homebrew. Tapi setelah menggunakan NetBSD selama beberapa bulan, saya tertarik dengan pengurus pakej pelbagai platform mereka: pkgsrc. Antara yang bagus tentang pkgsrc ialah ia boleh digunakan oleh pelbagai sistem pengoperasi seperti Linux, Unix dan MacOSX.
Ada dua perkara yang perlu tahu. Yang pertama, ada banyak pakej yang boleh dipasang terus dengan pakej binari yang telah dikompil. Kita boleh gunakan pkgin seperti
pkgin install tmux
Cara paling mudah untuk dapatkan pkgin ialah dengan mengikuti arahan di sini: https://pkgsrc.joyent.com/install-on-osx/
Direktori pkgin akan dibuat dalam /opt/ (/opt/pkgin)
Jika tiada pakej binari, maka kita boleh bina dan pasang dari kod sumber dengan pkgsrc.
Sebelum itu perlu buat direktori pkgsrc dalam /opt/ dan ikut arahan disini: https://www.netbsd.org/docs/pkgsrc/getting.html#getting-first
Contohnya, saya perlu pasang hugo maka:
cd /opt/pkgsrc/www/hugo
sudo bmake install clean
Boleh juga ikuti tutorial ini https://herrbischoff.com/2020/08/installing-and-using-pkgsrc-on-mac-os-x/ kalau tidak mahu menggunakan cvs.
Selamat mencuba!
Adli@rumah