Hari ini salah satu desktop Mac saya tidak boleh boot selepas menjalani update (11.6.5). Pelik juga sehingga kini proses naik taraf OS masih tidak stabil dan tidak boleh dipercayai.

Nampaknya saya terpaksa pergi ke versi sebelum ini. Cara untuk dapatkan installer lama menggunakan Terminal (dalam MacOS)

	softwareupdate --fetch-full-installer --full-installer-version 11.6

Harapnya berjaya setup semula sistem.

Untuk perbandingan, setelah lebih kuran 2-3 tahun menggunakan OpenBSD saya tidak pernah mengalami masalah seperti ini setiap kali menjalankan sysupgrade. Begitu juga dengan Linux (Ubuntu/Debian) - tidak pernah hadapi masalah dengan sudo apt get distupgrade.

adli@rumah