Setelah berhijrah ke laptop Macbook baru (pemberian ofis) saya mencari aplikasi yang boleh menggantikan Thunderbird untuk menguruskan beberapa email akaun personal. Rasanya sudah lebih 10 tahun saya menggunakan Thunderbird. Namun banyak fungsi tambahan yang saya tidak guna.

Setelah mencuba beberapa pelayan email seperti Claws, Mutt & Slypheed, saya memilih Sylpheed. Fungsi yang paling mustahak ialah sokongan untuk PGP/GPG supaya saya boleh menyulitkan email.

Boleh install terus dengan pkgin:


adli@rumah