Sewaktu kemas meja di ofis, terjumpa Raspberry Pi 3B+ lama. Kalau tak silap, pernah setup honeypot tidak lama dulu (sebelum covid) dan pasang di network pejabat. Setelah bawa balik ke rumah, saya pun bercadang yang pasang Pi-Hole. Tetapi setelah terbaca tentang NetBSD 10, rasa tertarik dan hendak cuba pasang pada Raspberry Pi.

Selepas itu terjumpa pula tutorial guna Unbound untuk halang iklan di rangkaian. Maka tak jadi guna Pi-Hole.

adli@rumah