Saya menggunakan pelayan web OpenBSD httpd untuk beberapa laman web termasuk yang ini. Bagi melihat log yang dihasilkan, saya guna GoAccess.

Sebelum boleh digunakan, perlu ubah beberapa tetapan dalam fail konfigurasi httpd dan goaccess.

  1. /etc/httpd.conf
  server "durian.fsck.my" {
  --snip--
  log access "durian.fsck.my.log"
  log style combined
  --snip--
  }
  1. Mulakan semula httpd
    doas rcctl reload httpd
  1. Pasang goaccess
    doas pkg_add goaccess
  1. nyah komen beberapa barisan dalam /etc/goaccess/goaccess.conf
    # httpd(8) combined log format
    date-format %d/%b/%Y
    time-format %T %z
    log-format %v %h %^ %^ [%d:%t] "%r" %s %b "%R" "%u"
  1. Guna goaccess
    goaccess /var/www/logs/durian.fsck.my.log

adli dhaka,BD