Beberapa tahun lepas saya ada beli papan Pine64 (A64) untuk projek kecil-kecilan di rumah. Agak lama juga tidak guna dan hampir terlupa sebab simpan dalam kotak sejak pindah rumah pada tahun 2022.

Baru-baru ini saya cuba hidupkannya semula sebagai DNS server. Pada awalnya saya mencuba NetBSD tapi tidak berjaya. Kemudian saya ambil keputusan untuk memasang Armbian.

Pine64 & Armbian

Alhamdulillah, setakat ini semua nampaknya berjalan lancar.

adli - Dhaka, BD