Bulan lepas saya ada banyak masa untuk membaca sebab lama duduk dalam kapal terbang. Jadi saya ambil peluang baca tentang Wireguard termasuk bagaimana ia diintegrasikan dengan Linux, OpenBSD & NetBSD.

Kalau ada yang berminat saya syorkan baca laman web Wireguard terutamanya kertas putih. Saya juga tonton persembahan oleh Jason Donefield. Untuk pelaksanaan, boleh baca dokumen yang berkaitan seperti wg (OpenBSD, NetBSD). Antara yang menarik juga adalah bebenang mailing list NetBSD berkaitan Wireguard pada tahun 2020.

Ringkasnya, wireguard memang direka supaya lebih praktikal dan selamat. Saya suka konsep protokol + pelaksanaan dengan kod supaya tidak ada ruang untuk salah tafsir seterusnya mengundang banyak masalah seperti IPSeC dan OpenVPN.

Dalam blog akan datang saya akan kongsikan eksperimen Wireguard saya untuk capai rangkaian di rumah.

adli - Fukuoka, Jepun