Beberapa bulan lepas saya terjumpa basikal yang agak menarik di Facebook marketplace. Berdasarkan maklumat dari forum, jenama Premier ini diedarkan dari sebuah kedai di Brisbane sekitar tahun 80an. Bingkai asalnya adalah dari Jepun (jenama Maruishi), dan saya lihat kebanyakan komponennya juga berasal dari Jepun (Shimano, Araya).

Keadaan basikal adalah sangat baik. Saya hanya tambah “rear rack” dan “mud guard” supaya lebih praktikal.

adli@rumah