#155 - Fortyhadith.net Hidup Semula
Setelah lebih dari setahun tidak aktif, laman web www.fortyhadith.net kembali beraksi.
Kandungan asal web ini bukan saya yang buat tapi bermula ketika saya bekerja di IIUM. Prof Jamal Badi mengajar kelas di Masjid IIUM berkenaan dengan Hadis40 Imam Nawawi. Salah seorang pelajarnya mengumpulkan nota-nota dan membuat laman web yang dinamakan fortyhadith.com.
Seingat saya fortyhadith.com tidak pernah wujud. Satu hari, Prof Fauzan minta saya bantu untuk hostkan kandungan tersebut di IIUM. Kebetulan ada server Solaris spare yang saya baru install OpenBSD dan saya minta sahabat di ITD untuk arahkan fortyhadith.iiu.edu.my kepada server tersebut.
Setelah saya tinggalkan IIUM pada tahun 2006, server tersebut terus aktif untuk beberapa tahun sehingga mungkin tahun 2014. Saya kira mungkin server Solaris tersebut tidak lagi berfungsi atau telah dilupuskan. Ketika itu domain iiu.edu.my telah bertukar kepada iium.edu.my. Pada tahun 2021 saya teringat tentang laman web tersebut dan memutuskan untuk menghoskan semula kandungannya pada server sendiri dengan domain baru fortyhadith.net. Alhamdulillah, kandungan asal boleh didapati dari archive.org.
Semoga Allah merahmati Prof Dr. Jamal Badi dan pelajarnya yang saya hanya ingat namanya “Bro Azul” atas usaha mereka menyebarkan ilmu. Tidak dilupakan juga Prof Dr Fauzan dan sahabat-sabahat di ITD (Bro Sazaney) yang terlibat.
adli@home