Beberapa ketika dahulu saya telah memasang NetBSD 10.0 pada Raspberry Pi 3. Tujuan utama peranti ini adalah untuk bertindak sebagai resolver DNS di rumah dengan penapis iklan.

Semalam saya perasan bahawa NetBSD 10.1 telah dikeluarkan pada bulan Disember tahun lepas. Setelah membaca dokumen di laman web NetBSD, terdapat dua cara:

  1. sysupgrade – setelah mencuba tiga kali, tidak berjaya.
  2. sysinst – berjaya.

Jika dibandingkan dengan sysupgrade di OpenBSD, agak berbeza dari segi kelancaran prosesnya. Selepas mencuba ini, saya rasa lebih yakin untuk menggunakan sysupgrade di OpenBSD.

adli@rumah