#161 - Tema Baru
Sudah lama saya hendak buat tema Hugo baharu untuk laman web ini. Jadi saya minta Claude code untuk membantu. Saya beri spesifikasi berikut untuk mulakan projek.
- Konsep permainan ‘arcade’ tahun 80-an (seperti Pac-Man, Space Invaders dan lain-lain)
- Reka bentuk yang serasi dengan pelbagai skrin - komputer riba, telefon bimbit, dan lain-lain
- Pengguna boleh pilih mod cerah/gelap
- Uji dan sahkan tema baharu supaya ia tidak merosakkan laman web dan kandungan.
Semua ini dilakukan dalam ‘plan-mode’. Claude beri saya soalan susulan dan beberapa pilihan. Nama yang diberikan kepada tema ini ialah notakaki-arcade.
adli@rumah