#163 - Basikal Tua - Pugeot SF-10 (Mixte)

Pada bulan November 2025, saya telah membeli sebuah basikal Peugeot SF-10 melalui Facebook Marketplace. Penjualnya tinggal di Ipswich, jadi saya perlu memandu selama 25 minit untuk sampai ke rumahnya. Berdasarkan carian terhad di Internet, SF-10 mungkin model yang dihasilkan untuk pasaran Australia sekitar tahun 1977.

Basikal Peugeot SF-10 mixte warna hijau di atas rumput, sebelum dibaiki

Walaupun model lama, keadaan basikal masih dalam keadaan baik. Saya memang mencari bingkai “mixte” atau step-through warna hijau.

Berikut adalah beberapa komponen menarik bagi basikal Perancis ini:

  • Brek centre pull MAFAC
  • Engkol cotter-pin
  • Derailleur Simplex

Selepas membersihkan dan menggilap keseluruhan bingkai, saya mengekalkan hampir kesemua komponen asal. Walau bagaimanapun, saya terpaksa menggantikan brek hadapan (MAFAC) dengan brek Shimano “centre-pull”. Saya juga menggantikan rim dan handlebar yang saya peroleh daripada basikal lain.

Ini adalah projek yang perlahan yang akhirnya boleh dikatakan siap pada hujung bulan Ogos.

Pugeot Mixte SF-10 selapas upgrade

Yang mengejutkan, walaupun usianya sudah lama, ia merupakan basikal yang sangat selesa untuk dikayuh di sekitar kejiranan dan masjid.

adli@rumah