#164 - Basikal Shogun Trailbreaker1

Saya jumpa basikal “Shogun Trailbreaker 1” dari era 1980-an ini di Treasure Trove, Brisbane. Harga tertera 20 AUD, tapi bila sampai di kaunter, juruwang naikkan jadi 40 AUD! Selain rantai yang dah berkarat and roda belakang yang rosak, basikal ini sebenarnya masih elok. Warnanya pun cantik!

Spesifikasi:

  • Brek cantilever
  • 6 speed - derailleur Shimano SIS
  • Flat handle bar
  • Tayar Michelin country rock (26 inci)

Proses baik pulih ini agak mudah. Saya ganti tempat duduk dan handlebar asal kepada cruiser bar supaya tak perlu membongkok ketika menunggang. Saya berjaya dapatkan rim 26" daripada basikal Avanti lama.

Saya juga pasang set kabel, grip handlebar dan brake pad baru. Akhir sekali, bahagian paling “mahal” pada basikal ini ialah pedal MKS yang asalnya saya beli untuk basikal lain.

Shogun Trailbreaker 1

Basikal ini ada tempat letak barang (rack) di belakang, jadi saya boleh sangkutkan beg. Sangat berguna untuk bawa barang dan tak perlu galas beg.

Setakat ini, saya sudah gunakannya untuk menunggang di kawasan trail dekat rumah dan pergi masjid yang berdekatan.

adli@rumah