#165 - Basikal Tua Speedwell Strada
Ok, satu lagi projek menaik taraf basikal tua. Seperti biasa, saya terjumpa Speedwell Strada ini di Facebook Marketplace. Harganya cuma AUD 20. Saya sudah ada sebuah Speedwell Super Sports , yang mungkin lebih tua berdasarkan beberapa komponennya, seperti derailleur Shimano Eagle II
Malangnya, tidak banyak maklumat yang saya jumpa tentang Speedwell Strada. Tapi mungkin dikeluarkan pada awal 80an.

Spesifikasi:
- Tayar & rim 27 x 1 1/4
- Derailleur belakang Shimano RS
- Cotter crank
Apa pun, warnanya memang cantik, dan saya rasa basikal ini mesti disimpan di dalam garaj kerana keadaannya masih elok dan tiada karat yang tebal.
Rancangan saya ialah mengekalkan komponen asal dan hanya menukar bahagian seperti rantai, tempat duduk, kabel brek & shifter, dan pedal. Saya juga menukar handlebar serta memasang mudguard dan rak belakang.

Walaupun basikal lama, ia masih selesa ditunggang.
[1] Speedwell ialah jenama basikal yang dikilangkan oleh Bennett & Wood, sebuah firma yang ditubuhkan pada tahun 1882 di Sydney, Australia.
adli@rumah