#166 - Takagi “three arrows” crank
Hari ini saya membersihkan crank dan chainring Speedwell Super Sports saya. Pada penutup crank tertera nama Takagi, tetapi saya kurang pasti tentang crank dan chainring itu sendiri kerana saya tidak menjumpai sebarang tulisan “Takagi” pada kedua-duanya.\

Setelah meneliti dengan lebih dekat dan membuat carian, saya mendapat pengesahan bahawa logo “tiga anak panah” di bahagian belakang crank itu menandakan ia dibuat oleh Takagi. Angka 77.6 pula berkemungkinan bermaksud crank ini dikeluarkan pada bulan Jun 1977.

Ini mengesahkan andaian saya sebelum ini bahawa model Speedwell yang saya miliki dijual sekitar tempoh tersebut.
adli@rumah