#169 - Solat Jumaat di Hanoi, Vietnam

Pada penghujung Oktober, saya berada di Hanoi, Vietnam untuk menghadiri mesyuarat INTERPOL. Pada hari Jumaat, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di sana.

Ada sebuah masjid berhampiran kawasan Old Quarter, tetapi melalui halaman Facebooknya, saya mendapat tahu masjid itu sedang ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Mujurlah, sebuah restoran Indonesia (Batavia) membenarkan pihak masjid menggunakan ruang mereka untuk solat.

Pada mulanya, saya terfikir untuk makan di restoran itu selepas solat sebagai tanda penghargaan. Tapi sebaik sahaja selesai solat, saya nampak sebuah bas yang membawa sekumpulan pelancong Indonesia tiba untuk makan tengah hari! Semoga Allah meluaskan rezeki pemilik restoran itu.

Poster Solat
Restaurant Batavia, Hanoi

Suasana tersebut mengingatkan saya pada zaman belajar di University of Ottawa, apabila kami di Persatuan Pelajar Muslim (MSA) perlu menyediakan sebuah bilik di kampus untuk solat Jumaat.

adli@Tarawa