#171 - Shogun Trailbreaker 1

Ini satu lagi Shogun Trailbreaker 1, basikal gunung yang nampaknya popular di Australia pada tahun 1990-an. Berdasarkan komponennya, termasuk brek cantilever, serta reka bentuk rangkanya, saya rasa model ini dikeluarkan sedikit lewat berbanding versi ini , walaupun kedua-duanya dikenali sebagai Trailbreaker 1.

Saya ‘jumpa’ basikal ini di Facebook Marketplace. Keadaannya masih baik, jadi tak banyak yang perlu saya lakukan untuk membaik pulihnya.

Shogun Trailbreaker 1

Saya menggantikan tayar, brek, kabel gear dan brek, pedal, hendal serta batang hendal. Pedal dan hendalnya sebenarnya diambil daripada basikal hardtail Marin saya yang jarang gunankan sejak zaman Covid. Tujuan saya membina semula basikal ini adalah untuk menjadikannya lebih seperti basikal cruiser atau basikal bandar, dengan posisi tunggangan yang lebih tegak dan santai.

Shogun Trailbreaker 1 di Karawatha Forest

Basikal ini sudah melalui beberapa perubahan, dan sekarang saya rasa ia sudah cukup lengkap. Tapi yang menariknya, harga komponen baharu itu melebihi harga basikal itu sendiri. Basikal ini saya beli dengan harga sekitar AUD 60. Jadi, kalau anda berminat membaik pulih atau membina semula basikal lama, anda perlu ada disiplin dan matlamat yang jelas.

Saya selalu membawa basikal dilaluan denai berhampiran rumah. Pada Januari awal tahun ini, saya juga menunggang sejauh kira-kira 60 km di Brisbane Valley Rail Trail

adli@Tarawa