Ada beberapa manfaat berkebun walaupun hanya dalam pasu. Pertamanya kita boleh makan hasil yang di tanam. Yang kedua adalah boleh ambil gambar macro serangga yang datang melawat bunga serta pokok kita.

Ada beberapa spesis lebah tempatan yang saya nampak di belakang rumah. Selain stingless bee (kelulut), tahun ni saya ‘mula’ perasan dua spesis lain yang sering berkunjung: (1) Leaf-cutter bee (2) Blue Banded Bee.

Blue banded bee ini termasuk dalam kategori ‘solitary bee’, maknaya tak hidup secara berkoloni seperti European Honey bee. **** Warnanya cantik - ada jalur biru di bahagian abdomen dan mata berwarna hijau. Paling penting ia merupakan buzz-pollinator yang hebat. __