Ais & pantulan cahaya - Expo Bridge

Hujung February lalu saya berkesempatan ke Daejeon, Korea Selatan. Sebab utama ke sana adalah untuk menyertai persidangan APRICOT 2019. Saya terlibat secara langsung dengan beberapa sesi. Kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke laman web APRICOT2019.

Daejeon jauh lebih kecil dari Seoul. Dari lapangan terbang Incheon (ICN) ke Daejeon dengan menggunkan bas. Tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam dan 45 minit. Ramai mengatakan _tak ada apa sanga_t di sini. Namun bandar kecil ini tenang, tersusun dan bersih.

Oleh kerana agak sibuk, saya hanya sempat ambil gambar di sekitar Convention Centre.

EOF