Saya kongsikan disini kos untuk hos blog / server berserta nama domain sendiri

  1. VPS (Vultr) - USD 5.00 sebulan, USD 60 setahun. Dapat 20GB storan & 1GB CPU.
  2. Domain name (fsck.my dari MYNIC.my) - RM 127.20 setahun
  3. Domain hosting (DNSMadeEasy) - USD 29.95 setahun
  4. Pasang sistem pengoperasian, web server etc. Perisian semua percuma, tapi masa dan tenaga sendiri.
  5. Sijil TLS (atau nama lama SSL) - percuma dari LetsEncrypt

Nota tambahan:

  • Untuk VPS - kita kena pasang operating system, kemudian dapat IPv4 & IPv6. Lepas tu guna ssh untuk configure dengan lebih lanjut. Selain Vultr saya ada guna VPS di Jepun.
  • Domain .MY agak mahal berbanding dengan TLD (top level domain) seperti .com/.org/.net
  • Harga untuk domain hosting tu sebenarnya untuk 10 domain. Mereka sediakan name server (NS) kita boleh configure rekod A,AAAA, MX (untuk emel) dan lain-lain lagi.
  • Walaupun buat sendiri, tapi pulangannya banyak dari segi ilmu & pengalaman.
  • Alternatif lain kalau tak mahu buat sendiri adalah dengan menggunakan servis percuma dari Wordpress,
  • Setahun sekali saya akan menderma ke LetsEncrypt untuk sokong operasi mereka. Selain server blog ini, ada banyak lagi server yang saya dapat manfaat dari Letsencrypt.