Selamat Tinggal Ghost CMS

Ya selamat tinggal Ghost and hello Hugo IO. Setelah lebih satu tahun menggunakan Ghost sebagai platform blog, saya mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Ghost adalah platform yang bagus namun saya menghadapi beberapa masalah:

  1. Setiap kali upgrade OpenBSD, saya perlu pasang ghost-cli semua.
  2. Setupnya agak complicated , ghost ada application server sendiri dan kita perlu setupkan proxy (relayd untuk openbsd)
  3. Risiko apabila menggunakan Node - terutamanya apabila ada komponen yang ada masalah security.

Setelah bereskperimen dengan beberapa static html generator, saya memilih Hugo kerana agak mudah untuk digunakan dan stabil. Pendek cerita, static html generator tidak memerlukan database (mysql/sqlite/mariadb) dan laman web yang dihasilkan adalah dalam format html.

Hello Hugo!

Walau bagaimanapun, saya perlu tukar cara kerja dalam menghasilkan blog.

  1. Editor - vim dan perlu tahu markdown. Update dilakukan di laptop.
  2. Setelah melakukan kemaskini contohnya blog baru, perlu generate html
  3. Akhir sekali, update isikandungan di webserver.

Untuk 2 & 3 saya ada skrip yang akan rsync kandungan baru ke server. Sedikit rumit berbanding dengan cara kerja semasa saya menggunaka Ghost (boleh edit terus di web atau desktop application)

Jika berminat untuk menggunaka Hugo saya cadangkan fahamkan dulu konsep aplikasi ini di laman web https://gohugo.io

Selamat mencuba!