Bulan lepas saya telah berjaya memindahkan laman web Wordpress Tadika Alfatih dari server syarikat webshosting Budihost ke server OpenBSD. Terima kasih Budihost!

Laman web ini sudah beroperasi agak lama - lebih 10 tahun rasanya (terima kasih Wordpress!). Walaupun saya tidak menyelenggarakan kandungan website, namun saya membantu dari sudut teknikal sejak dari awal lagi :-)

Ada beberapa requirements yang saya tetapkan sendiri untuk server baru ini:

  1. Perlu guna OpenBSD HTTPD sebagai pelayan web
  2. Enablekan TLS/HTTPs dengan LetsEncrypt
  3. OS - OpenBSD yang terikini (6.5)

Ada banyak plugin Wordpress yang kita boleh gunakan untuk backup atau pindahkan website. Kebanyakannya adalah percuma tapi untuk size data/laman web yang terhad.

Langkah-langkah yang diambil :

  1. Backup folder web
  2. Backup MYSQL database (mysqldump)
  3. Setkan DNS supaya tunjuk ke server baru
  4. Setup server OpenBSD
  5. Setup httpd, letsencrypt
  6. Pasang Wordpress, MariaDB
  7. Muatnaik folder web (server lama) dan import database ke server baru
  8. Setup Wordpress di server baru.
  9. Enablekan IPv6 (belum buat)
  10. Tawakkal :-)

Alhamdulillah semua berjalan lancar, cuma makan masa juga. Paling banyak masa dihabiskan untuk membaca manual (man pages) dan tutorial yang relevan di Internet.

Untuk langkah 5&6 saya rujuk kepada [tutorial di BSDHandbook] (https://www.bsdhandbook.com/openbsd/howto/wordpress/)

www-alfatih ~ uname -a 
OpenBSD www-alfatih 6.5 GENERIC.MP#1 amd64

Terima kasih free dan opensource software!