Kelulut atau stingless bee hanya aktif pada suhu tertentu. Berdasarkan apa yang saya baca suhu perlu berada sekitar 18 darjah celcius untuk kelulut keluar.

Di Brisbane, suhu pada musim sejuk tidaklah terlampau dingin. Walaubagaimanapun ada ketikanya mencecah bawah 10 darjah celsius.

Hari ini cuaca agak baik dan saya nampak beberapa ekor kelulut datang menziarahi bunga Alyssum.

Kelulut

Kelulut

Bunga Alyssum ini kecil dan menhasilkan bau yang wangi. Boleh nampak pollen bewarna kuning yang melekat pada badang kelulut.

Kelulut, pollen dibadan

Kelulut, pollen dibadan

Nota: Gambar diatas diambil dengan menggunakan lensa macro Tamro 90mm