Saya mula guna text editor Vi sewaktu zaman universiti lagi (90an). Pada waktu itu terpaksa belajar untuk buat html (web) di server Unix (Aix). Selepas dari itu terus menggunakan Vi Improved (Vim) yang dipasang secara default dalam kebanyakan Linux atau Unix distro - termasuk Mac OS X.

Antara lawak yang popular di Internet ialah pengguna tak jumpa jalan keluar vim.Namun saya rasa ia adalah text editor yang hebat dan simple. Ia boleh digunakan di mana-mana sahaja. Contohnya saya boleh menggunakannya di laptop dan server (openbsd, linux). Selain itu ada banyak plugin yang boleh membantu kita untuk lebih efisyen dalam menulis kod atau artikel.

Tak dinafikan vim/vi mungkin sukar untuk digunakan kalau tidak biasa. Dalam workshop / training saya bisanya saya cadangkan peserta untuk gunakan nano editor.

Bagi yang berminat untuk belajar menggunakan vi/vim, ada banyak tutorial di Youtube dan Internet. Ada juga buku yang ditulis berkenaan dengan topik ini.

Saya sarankan yang berikut:

  1. Vimtutor - buka vim & :vimtutor atau taip vimtutor di command line
  2. Tutorial olen Daniel Miessler - https://danielmiessler.com/study/vim/
  3. Vim Cheat Sheet - http://vimsheet.com/
Vimtutor

Plugin

  1. Contoh plugin - https://github.com/tpope/vim-surround
  2. Koleksi plugin - https://vimawesome.com/
  3. Artikel tentang plugins vim yang popular - https://medium.com/@huntie/10-essential-vim-plugins-for-2018-39957190b7a9

Selamat mencuba!