Setelah lama merancang, akhirnya saya beli juga lensa ultra wide angle Tokina 11-16mm Pro DX II. Lens ini adalah untuk kamera APS-C seperti Nikkon D5200 yang saya miliki. Sesuai untuk ambil gambar lanskap dan situasi low light - fotografi waktu malam atau milky way galaxy .

Seperti lensa AF-S Nikkor 35mm f/1.8, lensa Tokina ini adalah 2nd hand. Namun, keadaannya masih baik dan pemilik asalnya juga adalah seorang jurufoto. Beliau telah upgrade ke kamera full frame jadi terpaksa berpisah dengan lensa ini kerana sudah diperlukan lagi.

Eksperimen

Untuk gambar basketball ini saya jarak saya dan basketball adalah sangat rapat.

ISO1100 14mm f/2.8 1/125sec

ISO1100 14mm f/2.8 1/125sec

Pada sebelah malam - selepas jam 9pm, saya ke Kangaroo Point di bandar Brisbane, salah satu tempat wajib untuk selfie bagi pelancong.Saya cuba long exposure di sini dan kebetulan ada feri CitiCat lalu kawasan tersebut.

ISO100 16mm f/11 30sec

ISO100 16mm f/11 30sec

Boleh download gambar (resolusi penuh) di sini. Setakat ini saya sangat berpuas hati. Sudah ada beberapa idea untuk penggunaan lensa in pada masa akan datang.

Adli@brisbane