#37 - Singapura Pada Waktu Malam
Awal minggu ni saya berpluang untuk menghadiri APCERT Annual Conference 2019 di Singapura. Kali ini saya diberi peluang untuk beri workshop 1/2 hari tentang Honeypot kepada 30 peserta.
Pada salah satu malam saya ke kawasan Marina Bay / Merlion Park untuk mengambil gambar. Saya bawa tripod kerana memang bercadang untuk guna teknik long exposure supaya boleh dapat cekup pantulan & cahaya dari bangunan di atas air. Hasilnya adalah yang berikut:
Antara September 2012 dan December 2013 saya tinggl di Singapura kerana bekerja dengan Bank of Tokyo Mitsubishi UFJ (MUFG). Bangunan tempat kerja tidak jauh dari lokasi di atas. Nostalgia sungguh!