#39 - Poskad Dari Tonga
Alhamdulillah saya berkesempatan lagi ke Nukua’lofa, Tonga pada bulan ini. Ini kkali yang ke-empat saya ke negara pulau yang cantik ini. Saya diingatkan oleh Saia, kawan yang bekerja dengan CERT Tonga, kali pertama saya ke Tonga adalah pada bulan May 2016.
Misi kali ini adalah untuk memberi technical assistance kepada CERT Tonga dan mengadakan latihan kepada 40 orang system administrators . Topik kali ini ialah keselamatan server email. Boleh baca kenyataan media agensi MEIDECC di sini.
Orang Tonga ini lebih kurang sama dengan orang Melayu dari segi rupa dan warna kulit. Ada beberapa perkataan yang sama dengan bahasa kita. Kali ini saya tahu yang ika maknanya ikan. Apapun, yang penting ikan yang dihidangkan di sini segar bugar!
Seperti biasa, selepas kerja saya cuba keluar dan ambil foto.
Pada waktu ini, bulan penuh jadi saya cuba ambil gambar tepi laut pada waktu malam.
Gambar berikut di ambil sebelum matahari terbenam.
Kalau berminat, boleh muat turun gambar ala-poskad di atas dari Unsplash.
-adli @ lapangan terbang Fiji (NAN)