Berita baik, ada tempat solat (musolla/surau) di bahagian perlepasan antarabangsa di lapangan terbang Nadi di Fiji. Saya pernah berada disini beberapa kali tapi hanya perasan sewaktu transit dari Tonga baru-baru ini.

Lokasinya adalah di lantai bawah berhampiran dengan lounge New Zealand Airlines & tempat merokok.

Boleh bertanya di kaunter informasi (meditation room) kalau tak jumpa. Biliknya agak luas dah ada kemudahan untuk ambil wudhu’. Arah kiblat boleh dilihat di siling.

Biliknya agak luas dan bersih. Oleh kerana bilik ini adalah ruangan meditasi untuk agamma lain juga, maka perlu bertimbang rasa sewaktu menggunakannya.

Ruangan dalam ‘Meditation Room’

Ruangan dalam ‘Meditation Room’

Terima kasih kepada pengurusan lapangan terbang Nadi (NAN) kerana menyediakan kemudahan ini.

Selamat bermusafir!