#42 - Musim Bunga Jacaranda

Pokok Jacaranda
Kalau di Jepun ada musim cherry blossom, di Brisbane, Australia pula ada pokok Jacaranda. Biasanya dia akan berbunga pada musim bunga (spring) atau sekitar hujung September - Oktober. Tempoh berbunga pun tidak lama. Mungkin dalam dua minggu lebih sebelum bunga-bunganya luruh, lebih-lebih lagi apabila ada hujan lebat.
Yang membuatkannya menarik ialah bunganya warna ungu. Selain Australia, pokok ini ada di Mexico dan Africa Selatan.
adli@tth-apia