Minggu ini saya kembali ke Apia, Samoa untuk kerja-kerja berkaitan dengan projek National CERT. Penerbangan dari Brisbane mengambil masa 4 jam dengan Samoa Airways. Apa yang menarik adalah Samoa Airways menggunakan perkhidmatan Malindo atas sebab yang tertentu.

Misi Mencari Bima Sakti (Milky Way Galaxy)

Pada salah satu malam, saya dapat peluang untuk ambil gambar milky way Kebetulan cuaca baik dan tidak berawan. Dengan seorang rakan Samoa, kami jumpa tempat yang bagus untuk mengambil gambar. Ada sedikit pencemaran cahaya, namun boleh nampak bintang dan planet dengan jelas.

ISO6400 11mm f/2.8 15sec

Dalam gambar di atas boleh nampak planet Jupiter, Saturn, Venus dan Mercury.

ISO6400 11mm f/2.8 15sec

Sahabat dari Samoa kata gugusan bintang-bintang ini seperti whale in the sky.

MashaAllah wa SubhanaAllah.

-adli@tth-apia