2 hari lepas genap setahun saya berkongis gambar-gambar di Unsplash. Alhamdulillah, pengalaman saya setakat ini sangat memberangsangkan.

Dari segi statistik, lebih dari 16.5 juta views dan 170,000 kali gambar dimuat-turun. Tiga gambar yang paling popular adalah gambar Masjid Nabawi, Kaabah dan Masjid ‘Biru’ di Istanbul. Dari 110 gambar, 15 pernah dipaparkan di editorial feed.

Poskad dan sticker dari Unsplash

Poskad dan sticker dari Unsplash

Berikut adalah tip atau nasihat bagi yang ingin berkongsi gambar di Unsplash.

  1. Unsplash tak sama dengan instagram - jadi tak perlu stress dengan jumlah like atau pengikut.
  2. Jumlah views dan download akan dipaparkan di bahagian statistik akaun kita. Tapi jangan terlampau risau dengan nombor atau populariti gambar.
  3. Oleh kerana sesiapun boleh muat turun dan guna gambar, jangan harap orang akan minta izin dari kita. Kalau gambar digunakan online mungkin mereka akan beri kredit.
  4. Jangan harap orang akan bayar duit untuk menggunakan gambar kita. Niatlah sebagai amal jariah.
  5. Cuba enjoy bila lihat gambar kita muncul di laman web atau artikel di Internet.
  6. Sertai group slack Unsplash. Di situ are ramai ahli dan staf unsplash yang berkongsi pengalaman & ada juga perbincangan tentang fotografi.

adli@rumah