Salah satu buku menarik yang saya pernah baca ialah “The Travels of Ibn Battutah". Buku ini adalah hasil terjemahan oleh dari karya asal yang berjudul Ar-Rihla.

Kalau tak silap saya membeli buku ini di Airport Schipol, Amsterdam dalam tahun 2013. Kemudian habis membacanya dalam tahun 2014.

Beliau memulakan perjalanan pada tahun 1325 dari Tangier (Maghribi) ke Mekah dan hanya pulang 29 tahun selepas itu. Sepanjang perjalanan, beliau rekodkan pengalaman berada di lebih kurang 40 negara dari pelbagai sudut - geografi, budaya, agama, bahasa. Sebagai orang alim beliau juga diraikan dan pernah dilantik menjadi qadi.

Kalau beliau hidup zaman sekarang mungkin beliau akan menulis travelog atau buat website seperti TripAdvisor dan mempunyai lebih dari satu paspot!

Selamat membaca!