Sejak bulan Januari (2020) saya banyak ambil gambar lebah-lebah yang ada di sekeliling rumah. Maklumlah, kurang sikit berjalan kebelakangan ini. Antara yang menariknya, saya dapati tak kurang 7-8 spesis lebah, selain lebah jenis “Blue Banded”.

ISO200 90mm f/10 1/1000sec

ISO200 90mm f/10 1/1000sec

Boleh lihat koleksi gambar-gambar di laman Instagram saya.

ISO200 90mm f/10 1/1000sec

ISO200 90mm f/10 1/1000sec

Secara ringkas, berikut adalah teknik yang saya amalkan:

  1. Untuk ambil gambar aksi lebah sedang terbang, saya biasanya guna Manual mode. Biasanya tidak menggunakan tripod kerana sukar nak ikut pergerakan lebah. Saya juga guna lensa makro (Tamron 90mm).
  2. Setkan Shutter speed paling kurang 1/1000 sec dan aperture antara f/7.1 - 10.00. Ia bergantung kepada cahaya yanga ada. Shutter speed laju diperlukan untuk ‘bekukan’ pergerakan lebah. Perlu ingat, lagi tinggi shutter speed, lagi kurang cahaya masuk.
  3. Pastikan cukup cahaya dan cuaca sesuai. Biasanya lebah aktif bila suhu lebih 18c. Kalau ada cahaya matahari terang lagi bagus. Ada juga teknik yang menggunakan flash yang membolehkan kita guna shutter speed yang lebih perlahan. Tapi setakat ini saya tak berapa berjaya.
  4. Setkan continous-mode untuk shutter release. Ini adalah supaya kita boleh ambil beberapa shot setiap kali tekan shutter.
  5. Cari tempat sesuai untuk ambil gambar. Saya susun pasu bunga supaya senang untuk ambil gambar dan lebah dalam kedudukan menarik. Contohnya kalau boleh lebah sama paras dengan lensa.
  6. Saya juga pastikan background adalah sesuai - tepikan penyapu, kain bersidai dan perkara yang sama waktu dengannya. Maklumlah belakang rumah. Selain itu saya tanam pokok yang menarik pelbagai jenis lebah. Contohnya bunga pokok basil (selasih?) adalah magnet yang menarik lebah “blue banded” dan leaf-cutter. Manakala bunga Matahari , Alyssum , Begonia , Salvia dan Nemesia menarik lebah kelulut (stingless bee)
  7. Perhatikan aktiviti lebah secara dekat supaya boleh agak pergerakan & posisinya. Guna pendengaran untuk mengikut lebah sebab spesis leaf-cutter & blue banded bee menghasilkan bunyi bila mengumpul pollen.
  8. Oh ya, saya gambar-gambar saya dalam format RAW.
ISO640 90mm f/7.1 1/2500sec

ISO640 90mm f/7.1 1/2500sec

Selamat Mencuba!

adli@rumah