Baru-baru ini saya perasan yang pokok di depan rumah (betul-betul luar tingkap) mula berbunga dan menarik pelbagai jjenis serangga termasuklah lebah. Sacara tak langsung ia telah meluaskan wilayah fotografi saya dari belakang rumah ke halaman depan.

Setakat ini saya dapati tidak kurang 5 spesis lebah. Yang terakhir adalam lebah dalam gambar di bawah.

Amphylaeus Obscuriceps ISO 200 90mm f/9 1/200

Amphylaeus Obscuriceps ISO 200 90mm f/9 1/200

Pada mulanya saya sangka ia adalah “Masked Bee”. Tetapi jika diperhatikan betul-betul tiada ’topeng kuning’ yang ada pada “Masked Bee” ini.

Setelah mencari saya jumpa beberapa lama yang berguna untuk mengenalpasti lebah termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan:

  1. iNaturalist Laman ini amat bagus kerana kita boleh buat carian berdasarkan lokasi.

  2. Great Pollinator Project

  3. York U - Bee Genera of the World - Ada banyak foto spesis lebah yang telah dikumpulkan dari serata dunia.

  4. Australian Pollinators - Feature menarik laman ini adalah kita boleh buat pernandingan antara genus/species

  5. Brisbane Insects - laman web yang mengandungi banyak maklumat tentang serangga di Brisbane.

Selamat mencari!

adli@rumah