#56 - Hari Lebah Sedunia

Lebah pun ada harinya yang tersendiri. 20 haribulan Mei setiap tahun adalah Hari Lebah Sedunia World Bee Day . Tapi ini tidak memeranjatkan kerana dalam Al-Quran pun ada surah An-Nahl (lebah). Serangga ini memang istimewa. Ramai yang sudah arif tentang madu yang dihasilkan lebah. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu spesis lebah yang tak menghasilkan madu dan tidak tinggal dalam koloni.

Oleh kerana tak kemana-mana sewaktu pandemik (Covid-19) saya ambil kesempatan untuk ambil gambar lebah-lebah yang datang di kawasan rumah. Secara keseluruhan, saya dapati tak kurang 8 spesis lebah - Blue Banded , Teddy Bear , Masked , Neon Cuckoo , Leaf Cutter, Homalictus, Nomia , Stingless (Kelulut) dan European Honeybee.

Blue Banded
Blue Banded
Teddy Bear
Teddy Bear
Masked Bee
Masked Bee
Neon Cuckoo Bee
Neon Cuckoo Bee
Nomia
Nomia
Leaf Cutter
Leaf Cutter

Setiap jenis lebah-lebah ini mempunya personaliti yang tersendiri. Hebat sungguh Penciptanya!

Mungkin di kawasan rumah anda juga ada spesis lebah yang menarik?