Sudah agak lama tak menulis blog. Alhamdulillah masih sihat dalam keadaan pandemic Covid-19.

Elastic Cloud

Ada satu projek saya yang menggunakan Elastic Cloud. Salah satu masalahnya adalah data sentiasa bertambah dan ini akan meningkatkan kos. Oleh kerana sayatidak perlukan kesemua data dalam masa yang sama, boleh alihkan data (index) lama ke tempat lain.

Elasticdump

Elasticdump adalah aplikasi nodejs yang boleh digunakan untuk menyalin data dari server ElasticSearch. Data boleh disalin ke fail atau ke server Elasticsearch yang lain.

Berikut adalah langkah-langkah yang saya ambil.

  1. Pasangkan nodejs dan npm yang terkini
curl -sL https://deb.nodesource.com/setup_10.x -o nodesource_setup.sh

sudo bash nodesource_setup.sh 
  1. Pasang elasticdump
npm install elasticdump -g 
  1. Download index yang berkenaan dan salin ke fail
elasticdump \
  --input=https://username:password@elasticclouud/my_index \
  --output=/data/my_index_mapping.json \
  --type=mapping

elasticdump \
  --input=https://username:password@elasticclouud/my_index \
  --output=/data/my_index.json \
  --type=data

Jika hendak compress:

elasticdump \
  --input=https://username:password@elasticcloud/my_index \
  --output=$ \
  | gzip > /data/my_index.json.gz

Rujukan:

a. https://www.npmjs.com/package/elasticdump

b. https://www.digitalocean.com/community/tutorials/how-to-install-node-js-on-ubuntu-18-04

Selamat mencuba!

adli@rumah