#58 - Bima Sakti di Tasik Mogeerah
Minggu saya ke Tasik Mogeerah untuk ambil gambar Galaksi Bima Sakti (Milky Way galaxy). Perjalan kesana mengambil masa lebih kurang 90 minit. Antara kelebihan kawasan tasik ini adalah pencemaran cahaya adalah sangat sedikit. Jadi kita boleh lihat banyak bintang-bintang dengan mata kasar.
Persediaan
Saya guna lens Tokina 11-16mm yang dibeli (terpakai) pada tahun lepas. Untuk membayangkan kedudukan Bima Sakti pada waktu yang tertentu dan kawasan sekitaran saya guna aplikasi Photopills dan Google Map . Saya juga cuba dapatkan gambar-gambar yang telah diambil dari kawasan berkenaan sebelum ini.
Di Lokasi
Saya sampai di lokasi apabila keadaan telah gelap. Jadi agak sukar hendak cari tempat yang sesesuai. Pada masa akan datang perlu datang awal agar lebih selesa untuk buat persediaan. Walaubagaimanapun, tidak sia-sia ke sana.
Salah satu gambar di atas juga terpilih untuk Unsplash Editorial pada 21 Julai 2020.
Saya rasa amat berbaloi ekspedisi kali ini. Sedikit sebanyak dapat berlatih ambil gambar dalam keadaan gelap gelita! Dalam pada masa yang sama menikmati kecantikan alam semula jadi - subhanaAllah!
adli@rumah